Minda Pengarang: UMNO kena manfaat kelebihan cari daftar rakyat layak mengundi
2010/08/02
USAHA mendaftarkan kira-kira 4.3 juta rakyat negara ini yang layak mengundi dalam pilihan raya kini berubah pendekatannya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini berjanji membayar RM1 bagi setiap pemilih baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya.
Sesungguhnya, idea ini pasti berbaloi kepada pihak yang bekerja keras berbuat demikian kerana SPR melihatnya bukan lagi sebagai ‘kerja sukarela’ tetapi daya usaha yang mesti diberi imbuhan setimpal. Namun, skop lantikan sebagai penolong pendaftar tidak wajar disempitkan atau pada jumlah yang terhad. Apa yang yang lebih penting ialah kaedah pendaftaran ini perlu dilakukan dalam konteks lebih mikro bukan makro. Mungkin di sini UMNO memilik kelebihan yang tidak ada pada organisasi lain kerana mempunyai 19,235 cawangan di seluruh negara (kecuali Sarawak).
Dengan menggembleng seorang ahli jawatan kuasa cawangan sama ada ketua penerangan atau setiausahanya menjadi penolong pendaftar ataupun tugas itu diselaraskan seorang ahli jawatankuasa peringkat bahagian, rasanya UMNO berupaya mendaftarkan lebih calon pengundi berbanding parti atau NGO lain. Sayap Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di semua cawangan UMNO juga boleh diberi tanggungjawab membantu secara sukarela demi kepentingan parti. Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara juga perlu dipacu ke arah maksud yang sama. Pastinya, proses pendaftaran itu boleh diambil kesempatan oleh UMNO atau BN untuk menyampaikan mesej parti termasuk menyatakan hasrat kepada pendaftar baru itu supaya menyokong parti.
Jika ‘hubungan’ yang sebegini intim diambil kesempatan oleh parti lawan, nescaya pengundi baru itu turut ada kecenderungan memberi sokongan atau undi kepada calon parti yang mendaftarkan mereka. Andai parti lawan menyedari ada ‘deposit’ 4.3 juta calon pengundi yang boleh dimanfaatkan dan mereka menggerakkan jentera pendaftaran secara besar-besaran, maka perkembangan ini sepatutnya mendorong UMNO melipatgandakan lagi usaha mendaftar dengan serta-merta. Soalnya sekarang, sesiapa yang mengambil inisiatif bukan saja mendapat wang, malah penyokong dalam pilihan raya kelak. Lagipun, soal di sini bukan imbuhan RM1 untuk satu kepala yang didaftarkan, tetapi bagaimana servis UMNO menemui setiap calon pengundi akan memberi kesan sangat besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
UMNO pada masa sama perlu memastikan rakannya dalam komponen BN bekerja keras untuk mendaftarkan seramai mungkin calon pengundi dari kalangan Cina, India serta etnik lain. Jangan melihat misi ini cuma bidang kerja UMNO, tetapi tanggungjawab bersama semua parti komponen BN. Sasaran pendaftaran bukan tertumpu dalam kariah atau zon cawangan, tetapi perlu lebih kreatif dengan meneroka potensi baru dengan membuka kaunter pendaftaran di kompleks beli-belah, lokasi tumpuan umum, tapak karnival, mahupun di institusi pendidikan tinggi atau premis industri.
Pada masa sama, SPR perlu menyatakan mekanisme pelantikan penolong pendaftar dan kaedah pembayarannya secepat mungkin supaya tidak timbul kekeliruan atau pertikaian. Tawaran RM1 bagi tiap pendaftaran baru perlu diperjelaskan supaya dilihat telus dan tidak memihak.
~End of cpied text from Bharian ~
a chinese version from Guangming daily:
http://www.guangming.com.my/node/79035?tid=3
登記1選民獎1元‧選委會擬委更多登記助理
* 要聞
* 中馬
* 地方
2010-08-01 19:16
*
旺阿末指出,為了鼓勵各團體協助登記選民,選委會推出登記選民獎1令吉的措施。(圖:光明日報)
(吉隆坡)選舉委員會為來屆全國大選推出“一名新登記選民,一令吉”措施,選民登記助理每登記一名合格選民,就可以獲得一令吉的報酬。
選舉委員會副主席拿督旺阿末告訴《每日新聞》,為了更積極籌備第13屆全國大選,選舉委員會將推動“一名新登記選民,一令吉”措施,以鼓勵來自政黨、非政府組織及社團的選民登記助理,為合格的新生代登記成為選民。
“一旦鑒定所登記的是未曾登記的新選民,選民登記助理就可以登記一名新選民獲得一令吉酬勞,而非之前般的免費工作。”
他指出,有關酬勞必須在選舉委員會官員鑒定所登記的選民確實不曾登記之後,才會發出。至於付款機制及方式,他則不願透露。
不過,他一再提醒選民登記助理,選舉委員會只針對真實的新選民登記申請付款,選舉委員會務必謹慎核實所有的選民登記。
430萬人未登記
另一方面,旺阿末認為,單靠政黨,並不足以應付430萬名未登記成為選民的工作,因此有必要擴大選民登記助理的委任範圍,只要與人民有緊密接觸的單位都可以列入考慮範圍。
“如果人民懶於前往郵政局、選舉委員會登記柜台或選舉委員會辦公室登記,或許我們可以增加選民登記助理的人數。目前仍有430萬名合格選民未登記,因此我們必須更積極工作。”
不過,他表示,選舉委員會將謹慎委任選民登記助理,事先調查有關人士的背景,以免有不負責任者沒有積極進行選民登記工作。
光明日報‧2010.08.01
