The Batu Sapi by-election used a voters roll updated to Oct 9th-less than 1 month ahead of the Nov 4th poll. They could gazet the new roll that fast-while the quarterly roll from July-Sept took 3 months(see report below). Wonder what account for the super fast speed when an election come along. Did the EC made any shortcut to gazette the roll? Since gazetting involving clearing lots of objections(despite a fine of RM10.00 for objection of each voter) wonder how the EC clear these new voters when an election come knocking on the door? Did these objections all dissappear in time or that the roll was bulldozed through the gazetting process? If they can do it faster when election come -why not make it a regular way to speed up the process to reduce the time needed for new applicants to wait for their voting status?
Sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 Sept lalu mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Ketiga 2010 yang diwartakan semalam.
NONESuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata DPT itu mengandungi 205,183 pemilih, termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang.
Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara, katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu berkata SPR belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Okt hingga 2 Nov lalu.
“Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan,” katanya.
Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam DPT suku ketiga tahun ini.
Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Ketiga ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan sebarang pertanyaan berkaitan hal itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
- Bernama
