The EC is repeating the offical line that voter registration takes about 3-4 months. But in all previous by-elections the electoral rolls have been updated to within 1 month of the election date. What difference does that make? If the registration take 1 month and more many citizens would give up registering themselves more than 1 month ahead! Since more people would naturally take more interest in registration when election come closer this is a big failure to affirm the voting rights of the people!
Daftarlah sekarang, kata SPR
Posted on January 4, 2011, Tuesday
Anda layak mengundi pada pilihan raya negeri sekiranya ia diadakan sebelum atau selepas Mei ini
KUCHING: Mendaftarlah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang dan anda layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri, sekiranya ia diadakan sebelum atau selepas Mei ini.
Ketua Pentadbiran SPR Sarawak Hasbi Sahri berkata, suruhanjaya mencuba sedaya upaya untuk memproses semua permohonan yang diterima berhubung pilihan raya negeri.
Beliau memuji Parti Tindakan Demokratik (DAP) atas usaha berterusan dalam membantu mendaftarkan pengundi-pengundi baru.
Beliau menambah, beberapa parti politik cenderung untuk menghantar permohonan agak lambat.
“Pendaftaran kami diproses dan dijalankan berdasarkan tarikh penghantaran, bukan tarikh permohonan menghantar borang.
“Beberapa parti politik menghantar pemohonan agak lewat dan oleh itu, ramai yang tidak melihat nama mereka dalam sistem tiga bulan selepas mereka mengisi borang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hasbi berkata, ‘DAP sangat pantas’ dari segi mendaftarkan pengundi baru dan pertukaran alamat pengundi.
Beliau menambah, suruhanjaya telah menolak separuh atau lebih daripada jumlah permohonan yang dihantar oleh parti politik berikutan maklumat tidak lengkap atau kesalahan pada borang.
“Untuk DAP, satu daripada 10 permohonan ditolak tetapi parti lain didapati 50 peratus atau lebih ditolak atas sebab kesilapan,” katanya.
Beliau berkata, SPR tidak pernah ada agenda peribadi untuk menolak permohonan.
Justeru, beliau menasihati pemohon agar memastikan borang mereka diisi sepenuhnya dengan maklumat tepat.
Antara alasan untuk menolak permohonan adalah alamat tidak tepat, pendaftaran berganda, nombor pengenalan salah dan kolum yang salah diisi.
Beliau berkata, semua orang perlu menyedari penduduk sementara tidak mempunyai hak untuk mengundi dan permohonan daripada yang telah meninggal dunia tidak akan dilayan.
Hasbi menjelaskan, ia mengambil masa tiga bulan untuk diproses dan sesiapa yang mendaftar bulan ini dapat melihat rekod mereka menjelang April.
Sekiranya nama tidak tersenarai di pangkalan data SPR selepas tiga bulan, mereka mesti berjumpa dengan suruhanjaya untuk pembetulan, katanya.
“Lazimnya kami tidak mempunyai masalah mendaftarkan pengundi baru tetapi sekiranya mereka tidak menyediakan maklumat tepat, pendaftaran tidak dapat dilakukan,” katanya.
Pada sidang media semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong mendakwa suruhanjaya kurang efisien memandangkan mereka menolak 47 permohonan daripada 132 yang dihantar pada Jun tahun lepas.
Mengikut pecahan daripada jumlah 47 itu, kata bendahari DAP Sarawak itu, satu permohonan dari Pending manakala Batu Lintang (11), Batu Kawah (12), Kota Sentosa (16) dan konstituensi lain (7).
“Sepatutnya, semua 47 nama ini sudah terpapar dalam sistem pada September atau Oktober tahun lepas, tetapi sehingga hari ini, nama itu belum ada dalam rekod.
“Sebelum ini, kami berhadapan dengan masalah serupa tetapi kali ini jumlahnya amat besar.
“Mungkin ada sesuatu yang berlaku? Kami tidak menjangka apa-apa masalah yang dapat menghalang pembangkang mendaftarkan pengundi baru,” katanya.
Memberi respons kepada dakwaan itu, Hasbi berkata suruhanjaya akan meneliti kes itu.
Beliau mengulangi bahawa SPR tidak menolak permohonan tanpa sebab munasabah.
Beliau menasihati sesiapa yang menghantar permohonan agar memeriksa status mereka menerusi laman web http://www.spr.gov.my memandangkan suruhanjaya tidak bertanggungjawab untuk memberi notis.
“Sekiranya sesiapa yang mempunyai masalah mengenai status mereka, datang kepada kami. Kami akan menelitinya,” katanya.
SPR dapat dihubungi di talian 082-254867.
