STU nafi 80,000 guru dari Malaya akan dihantar ke Sarawak
Anak-anak Penan di pedalaman Sarawak misalnya memerlukan guru di kalangan Penan untuk memudahkan proses pembelajaran.
Oleh Hazel Lee
MIRI – Kesatuan Guru Sarawak (STU) hari ini menafikan laporan yang menyatakan bahawa sejumlah 80,000 guru dari Semenanjung Malaysia akan dihantar bertugas ke negeri ini pada tahun depan.
Presidennya William Ghani Bina berkata, setakat ini Sarawak mempunyai seramai 41,000 guru dan daripada jumlah itu 34, 153 terdiri daripada rakyat Sarawak manakala selebihnya 6, 847 guru dari Semenanjung.
